CARA MUDAH SCAN BARANG MYKASIH GUNA APLIKASI – ELAK SALAH PILIH BARANG

Cara scan barang MyKasih boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi rasmi MyKasih. Jika anda penerima bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA), langkah ini sangat penting supaya anda tidak tersilap memilih barang yang tidak termasuk dalam kategori yang dibenarkan.

Untuk memudahkan urusan semakan, anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih melalui Google Play Store atau Apple App Store. Selain itu, anda juga boleh layari portal rasmi MyKasih di pautan berikut: https://mykasih.com.my/mykasih

Dengan adanya fungsi imbasan barcode (scan barcode), anda boleh menyemak sendiri sama ada sesuatu produk itu layak dibeli menggunakan bantuan sebelum sampai ke kaunter pembayaran.

RINGKASAN CARA SCAN BARANG MYKASIH

  • Muat turun aplikasi MyKasih.
  • Daftar akaun dan log masuk.
  • Klik butang “Check Item”.
  • Scan barcode pada produk.
  • Status akan dipaparkan sebagai “Eligible” atau “Not Eligible”.

Jika paparan menunjukkan “Eligible”, bermaksud barang tersebut boleh dibeli menggunakan kredit bantuan MyKasih/SARA. Jika “Not Eligible”, sistem tidak membenarkan pembelian menggunakan MyKad.

APA ITU BANTUAN MYKASIH?

Bantuan MyKasih ialah inisiatif bantuan makanan tanpa tunai (cashless) yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak. Berbeza dengan bantuan tunai yang dimasukkan ke akaun bank, bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima.

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

Anda hanya perlu membawa MyKad ke kedai rakan niaga untuk membeli barangan dapur terpilih. Sistem MyKasih telah menetapkan 15 kategori barangan asas yang akan dikesan secara automatik melalui sistem di kaunter pembayaran.

Tidak semua barang di pasar raya boleh dibeli menggunakan bantuan ini. Sebab itu fungsi scan barcode sangat membantu sebelum anda membuat pembayaran.

CARA SCAN BARANG MYKASIH GUNA APLIKASI (SCAN BARCODE)

  1. Download aplikasi MyKasih melalui pautan rasmi: https://mykasih.com.my/mykasih-app/
  2. Buka aplikasi dan daftar sebagai pengguna baharu.
  3. Log masuk ke akaun anda.
  4. Tekan butang “CHECK ITEM”.
  5. Scan barcode pada produk yang ingin dibeli.
  6. Status kelayakan akan dipaparkan serta-merta.

Selain imbasan barcode, anda juga boleh menyemak terus melalui senarai barangan dalam aplikasi yang telah dikategorikan mengikut jenis produk.

15 KATEGORI BARANG BOLEH DIBELI GUNA MYKASIH 2026

  • Makanan Sejuk Beku (kategori diperluaskan mulai 9 Februari 2026)
  • Beras
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Roti
  • Biskut
  • Mi Segera dan bihun
  • Makanan Dalam Tin
  • Minuman asas seperti susu, kopi dan teh
  • Bahan Perasa seperti gula dan garam
  • Produk Penjagaan Diri
  • Ubat-ubatan asas
  • Keperluan Sekolah
  • Barangan Kebersihan Rumah

Jika anda scan barang di luar kategori ini, sistem akan memaparkan “Not Eligible” dan transaksi akan ditolak secara automatik di kaunter.

CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA MYKAD

1. Pilih Barang Berlabel MyKasih

Pastikan barangan mempunyai label MyKasih pada rak harga. Label ini menunjukkan produk tersebut termasuk dalam kategori yang dibenarkan.

2. Serahkan MyKad di Kaunter

Juruwang akan mengesahkan MyKad dan memastikan bantuan anda masih aktif.

3. Tukar PIN (Jika Pembelian Pertama)

Untuk transaksi pertama, anda perlu menukar PIN sementara kepada PIN 6 digit pilihan sendiri bagi tujuan keselamatan.

4. Proses Imbasan Barcode

Juruwang akan scan setiap item. Sistem akan memisahkan barangan layak dan tidak layak secara automatik.

5. Bayar Guna PIN

Masukkan PIN 6 digit anda dan jumlah pembelian akan ditolak terus daripada baki bantuan dalam MyKad.

Simpan resit sebagai rujukan baki dan rekod pembelian.

TARIKH AKHIR GUNA BANTUAN MYKASIH (SARA) 2026

Tarikh akhir penggunaan bantuan MyKasih/SARA bagi tahun 2026 adalah pada 31 Disember 2026. Semua baki kredit yang tidak digunakan selepas tarikh tersebut akan luput secara automatik.

Nota Penting:

  • Baki tidak habis dalam bulan semasa boleh dibawa ke bulan seterusnya.
  • Baki boleh dikumpul sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2026.
  • Baki tidak boleh ditebus dalam bentuk tunai.

SOALAN LAZIM CARA SCAN BARANG MYKASIH

Adakah wajib muat turun aplikasi?
Ya. Untuk scan barcode sendiri, anda perlu menggunakan aplikasi rasmi MyKasih.

Boleh semak sebelum ke kaunter?
Ya. Digalakkan scan atau semak label MyKasih di rak terlebih dahulu.

Bagaimana sistem kenal pasti barang?
Sistem akan memaparkan status “Eligible” jika barang tersebut berada dalam kategori yang diluluskan.

Apa jadi jika ambil barang tidak dibenarkan?
Status “Not Eligible” akan dipaparkan dan transaksi ditolak secara automatik.

Menyemak label dan scan barcode lebih awal dapat mengelakkan kesulitan semasa pembayaran dan memastikan proses pembelian menggunakan MyKad berjalan lancar.

Leave a Comment