TERKINI: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) UNTUK SEMUA akan mula dikreditkan ke MyKad penerima bermula 9 Februari 2026 (Isnin).
Penerima dinasihatkan untuk membuat semakan status dan merancang pembelian barangan keperluan lebih awal bagi mengelakkan kekeliruan semasa transaksi di kedai.
Semakan bayaran dan kelayakan boleh dilakukan melalui Portal Rasmi SARA, portal MyKasih atau saluran rasmi berkaitan STR.
Selain itu, penerima juga digalakkan menyemak senarai Barangan MyKasih terlebih dahulu bagi memastikan semua barangan yang dibeli tergolong dalam kategori yang dibenarkan.
Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah rekod eKasih.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppProgram ini diwujudkan sebagai bantuan bersasar kepada golongan rakyat yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan prinsip kesaksamaan dan perlindungan golongan rentan.
Untuk makluman, Program SARA telah bermula sejak 1 April 2025 melibatkan seramai 5.4 juta penerima. Bagi SARA UNTUK SEMUA, bantuan khas sebanyak RM100 akan mula diberikan secara one-off bermula 9 Februari 2026.
Syarat Kelayakan SARA 2026
Kelayakan SARA 2026 ditentukan secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
Tiada permohonan diperlukan. Penerima tidak perlu mengemukakan sebarang borang untuk mendapatkan bantuan SARA 2026.
SARA 2026 turut diperluaskan kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kelayakan SARA Miskin Tegar & Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam rekod eKasih (ICU, JPM)
Kelayakan SARA STR 2026 (Selain eKasih)
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR 2026 kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan
Semakan data eKasih akan dibuat secara berkala dengan ketetapan berikut:
- Data 31 Januari 2026 – Bayaran bermula April 2026
- Data 30 April 2026 – Bayaran bermula Julai 2026
- Data 31 Julai 2026 – Bayaran bermula Ogos 2026
- Data 31 Oktober 2026 – Bayaran bermula November 2026
SARA UNTUK SEMUA (MySara RM100)
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak menerima RM100 seorang yang dikreditkan secara cashless melalui MyKad bermula 9 Februari 2026.
Tempoh Penebusan Bantuan
Baki SARA yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.
Amaun Kelayakan SARA 2026
Amaun bantuan yang diterima adalah seperti berikut:
Isi Rumah
Miskin/Miskin Tegar eKasih: RM200 sebulan (RM2,400 setahun)
Selain eKasih: RM100 sebulan (RM1,200 setahun)
Warga Emas Tiada Pasangan
Miskin/Miskin Tegar eKasih: RM150 sebulan (RM1,800 setahun)
Selain eKasih: RM50 sebulan (RM600 setahun)
Bujang (21–59 Tahun)
Miskin/Miskin Tegar eKasih: RM100 sebulan (RM1,200 setahun)
Selain eKasih: RM50 sebulan (RM600 setahun)
Nota: Amaun tertakluk kepada tarikh kelulusan STR 2026.
Kategori Barangan MyKasih / SARA 2026
Mulai 9 Februari 2026, kategori barangan sejuk beku telah dimasukkan sebagai kategori baharu. Kini, penerima boleh membeli barangan daripada 24 kategori yang diluluskan.
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Mee & Biskut
- Makanan Dalam Tin
- Makanan Sejuk Beku
- Minuman
- Perasa & Tepung
- Produk Kebersihan Diri
- Produk Kebersihan Rumah
- Perubatan Asas
- Barangan Persekolahan
Semua barangan yang layak akan mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga di kedai berdaftar.
Cara Semak Barangan MyKasih
Bagi memastikan barangan yang dipilih layak, penerima boleh menggunakan Aplikasi MyKasih:
- Muat turun aplikasi MyKasih
- Daftar sebagai pengguna
- Pilih fungsi CHECK ITEM
- Imbas barkod atau semak senarai barangan
Jika barangan tersebut layak, sistem akan memaparkan pengesahan secara automatik.
Kaedah Pembelian Menggunakan MyKad
- Pilih barangan berlabel MyKasih
- Serahkan MyKad di kaunter bayaran
- Juruwang mengimbas barangan yang dibenarkan
- Masukkan PIN 6 digit untuk pengesahan
- Simpan resit untuk rujukan baki
Maklumat & Rujukan Rasmi
Untuk maklumat lanjut, semakan baki dan panduan pembelian:
- Portal Rasmi SARA: https://www.sara.gov.my
- Portal MyKasih: https://www.mykasih.com.my
- Panduan Pembelian: https://www.sara.gov.my/panduan-pembelian-sara.pdf
Rumusan
Bantuan SARA 2026 termasuk SARA UNTUK SEMUA RM100 merupakan inisiatif penting kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Dengan sistem MyKad yang mudah dan senarai barangan yang semakin diperluas, penerima disarankan membuat semakan awal dan menggunakan bantuan secara berhemah sehingga tempoh akhir 31 Disember 2026.
Penafian: Maklumat ini adalah berdasarkan data rasmi semasa dan tertakluk kepada sebarang kemas kini pihak berkuasa.



