Rayuan STR 2025 (Fasa 4) boleh dibuat jika status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda adalah TIDAK LULUS / TIDAK LAYAK.
Kemas Kini Penting: Pembayaran STR Fasa 4 kepada penerima sedia ada (Lulus) telah mula dikreditkan 18 Oktober 2025 (Sabtu) secara berperingkat.
Manakala untuk Permohonan Baharu dan Rayuan, semakan status & pembayaran dilaksanakan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.
STR 2025
- KAEDAH 1 – Portal Rasmi STR: Layari bantuantunai.hasil.gov.my → Log Masuk MySTR → menu “Semakan Status” untuk lihat keputusan (Lulus / Tidak Lulus / Dalam Proses).
- KAEDAH 2 – Pejabat LHDNM: Hadir ke cawangan LHDNM terdekat untuk semakan manual.
- KAEDAH 3 – Hotline BKK: 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- KAEDAH 4 – Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang).
Jadual & Kaedah Bayaran Fasa 4 (2025)
| Kategori | Tarikh Mula | Kaedah | Catatan |
|---|---|---|---|
| Penerima Sedia Ada (Lulus) | 18 Okt 2025 | Kredit akaun / BSN | Dikreditkan berperingkat (BSN tunai mulai 21 Okt 2025) |
| Permohonan Baharu & Rayuan | 13 Nov 2025 | Kredit akaun / BSN | Berperingkat mengikut bank/kaunter |
Maksud Status STR 2025
- Permohonan Diterima: Permohonan telah diterima & menunggu verifikasi. Masih boleh dikemas kini sehingga status bertukar.
- Dalam Proses: Verifikasi agensi sedang berjalan.
- Lulus: Menepati syarat & layak menerima bayaran.
- Tidak Lulus: Tidak menepati syarat selepas verifikasi. Boleh rayu dalam tempoh ditetapkan.
- Tidak Layak: Rujuk pejabat HASiL untuk butiran lanjut status ini.
Langkah Jika Status Tidak Lulus / Tidak Layak
- Semak Kod Alasan: Lihat kod/sebab tidak lulus di MySTR → Semakan Status.
- Sediakan Dokumen Sokongan: Contoh: dokumen pengenalan pasangan/anak, pengesahan pendapatan, dokumen akademik (jika berkaitan), perjanjian sewa/pindah milik harta (jika berkaitan), dsb.
- Hantar Rayuan: Buat rayuan dalam tempoh dibuka (online atau manual). Simpan nombor rujukan.
Cara Buat Rayuan STR
Secara Dalam Talian (Online)
- Layari Portal STR → Log Masuk MySTR.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
- Lengkapkan maklumat dan muat naik dokumen sokongan (jika diperlukan mengikut alasan).
- Klik Hantar & simpan slip/ID rujukan.
Secara Manual (Kaunter LHDNM)
- Hadir ke Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / UTC.
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma atau muat turun dari portal STR.
- Isi borang & serah bersama dokumen sokongan di kaunter. Penghantaran e-mel tidak diterima.
Contoh keadaan tanpa keperluan dokumen: Beberapa alasan seperti semakan pengenalan/pendapatan akan disahkan terus oleh agensi di bawah MOF. Ikuti arahan pada paparan alasan di MySTR.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppNota Penting Kod Khas Rayuan
- Kod Duplikasi & Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Tidak boleh rayu secara online. Hanya rayuan manual di kaunter LHDNM.
- Kelayakan Bujang: Rayuan hanya jika menepati umur (≥21, atau OKU berdaftar JKM ≥19) dan syarat bukan pelajar sepenuh masa (kecuali bukti separuh masa).
Soalan Lazim (FAQ) Ringkas
Bila bayaran rayuan & permohonan baharu Fasa 4 dikreditkan?
Bermula 13 November 2025, berperingkat (kredit akaun/BSN).
Bila STR Fasa 4 bagi penerima sedia ada masuk?
Mulai 18 Oktober 2025 secara berperingkat (BSN tunai mulai 21 Oktober 2025).
Di mana semak status selepas hantar rayuan?
Log masuk portal STR → Semakan Permohonan / Status Rayuan.
Saya tidak lulus kerana pendapatan/rekod perniagaan/kenderaan/harta.
Kebanyakan kes disahkan terus oleh agensi MOF. Ikut arahan pada alasan di MySTR; dokumen mungkin tidak diperlukan, kecuali dinyatakan.
Siapa yang boleh buat rayuan?
Pemohon yang telah memohon STR 2025 dan menerima keputusan Tidak Lulus (bukan kes tiada permohonan). Pastikan maklumat semasa (pendapatan, tanggungan, status kahwin) telah dikemas kini.
Penerima STR turut berpeluang layak untuk program MyKasih, yang bagi kredit e-dompet khas untuk beli barang keperluan harian di pasar raya terpilih.
Selain itu, ada juga Program SARA (Sumbangan Asas Rahmah) — bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan untuk golongan miskin tegar bagi meringankan kos sara hidup.
Rujukan & Bantuan Rasmi
- Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Pejabat LHDNM/PS/UTC: Rujuk direktori pada portal STR
Penafian: Garis panduan ini dirumuskan berdasarkan pengumuman & tatacara rasmi yang dimaklumkan kepada orang ramai. Jadual dan prosedur tertakluk kepada perubahan oleh pihak berwajib. Sentiasa rujuk portal STR untuk kemas kini terkini.

