Kos sara hidup makin menekan, khususnya untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor.
BINGKAS Selangor (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) menawarkan RM300 sebulan melalui e-dompet Selangkah untuk bantu isi rumah membeli barangan keperluan asas di kedai panel berdaftar.
Panduan ini himpunkan syarat kelayakan terkini, cara semakan, dokumen diperlukan, cara mohon online, senarai barangan dibenarkan dan FAQ supaya anda boleh mohon tanpa tersangkut.
Ramai Tak Sedar Duit eWallet Tengah Masuk – Check Cepat!
Apa Itu BINGKAS Selangor?
- Bantuan tunai RM300 sebulan dikreditkan ke aplikasi Selangkah.
 - Kredit boleh digunakan di kedai panel berdaftar seluruh Selangor menggunakan QR code / ID digital.
 - Tempoh bantuan: sehingga 24 bulan (2 tahun). Notifikasi dikirim pada bulan ke-22 untuk kemas kini kelayakan.
 - Penting: Kredit tidak dibawa ke bulan berikutnya. Gunakan sepenuhnya setiap bulan.
 
Syarat Kelayakan BINGKAS (Terkini)
| Kriteria | Syarat | 
|---|---|
| Warganegara | Pemohon mestilah warganegara Malaysia | 
| Tempat Tinggal | Lahir di Selangor atau menetap di Selangor ≥10 tahun | 
| Pendaftaran Pemilih | Berdaftar sebagai pengundi di Selangor | 
| Tanggungan | Sekurang-kurangnya 2 tanggungan di bawah umur 18 tahun | 
| Pendapatan Isi Rumah | Tidak melebihi RM5,000 sebulan | 
Tip: Pernah terima KISS/KISS-IT? Anda digalakkan mohon BINGKAS kerana sistem kini lebih ringkas dan digital.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppApakah Yang Anda Dapat?
- RM300 sebulan dalam Selangkah (auto-kredit mengikut jadual).
 - Guna di panel seperti 99 Speedmart, Mydin, Econsave, ST Rosyam Mart dan rangkaian runcit terpilih.
 - Transaksi tanpa tunai – imbas QR code atau guna ID digital Selangkah.
 
Barangan Yang Dibenarkan
Dibenarkan
- Makanan asas: beras, telur, minyak, mi, roti, ikan/ayam/daging, sayuran
 - Keperluan harian: gula, garam, susu; lampin bayi/dewasa; sabun, detergen; ubat-ubatan asas
 - Peralatan sekolah: beg, alat tulis, kasut & pakaian seragam
 
Tidak Dibenarkan
- Rokok/tembakau, barangan bukan keperluan asas
 - Elektronik, kosmetik premium, minuman berkarbonat
 
Cara Mohon BINGKAS Selangor (Online)
Permohonan dibuka sepanjang tahun melalui saluran rasmi berikut:
- Portal BINGKAS Selangor – daftar akaun & isi borang permohonan.
 - Aplikasi Selangkah – muat turun di Google Play / App Store, daftar & mohon dalam aplikasi.
 
Dokumen diperlukan: IC pemohon, sijil kelahiran anak-anak, slip gaji/penyata pendapatan, bukti tempat tinggal (bil utiliti/penyewaan).
- Tempoh semakan: ~14 hari bekerja
 - Semak status: Melalui portal BINGKAS / aplikasi Selangkah
 
AWAS PENIPU: Mohon hanya melalui portal rasmi BINGKAS atau aplikasi Selangkah. Jangan berikan data peribadi kepada ejen tidak sah.
Langkah Guna Kredit Dalam Aplikasi Selangkah
- Buka Selangkah & semak baki BINGKAS.
 - Pilih kedai panel berdaftar berdekatan.
 - Di kaunter, imbas QR code atau tunjuk ID digital untuk pengesahan transaksi.
 - Simpan resit untuk rekod & pantau baki dalam aplikasi.
 
Strategi Jimat & Elak Gagal Guna Kredit
- Rancang belian bulanan (beras, minyak, susu, lampin) dahulu sebelum barangan “nice to have”.
 - Banding promosi antara panel (99 Speedmart vs pasar raya) bagi item sama.
 - Belanja awal bulan supaya tidak lupa – ingat: kredit tidak roll-over.
 - Simpan resit untuk semak pola perbelanjaan & kawal bajet keluarga.
 
FAQ – Soalan Lazim
1) Siapa layak mohon?
Keluarga B40/M40 Selangor yang memenuhi syarat: warganegara, pengundi Selangor, bermastautin ≥10 tahun, ≥2 tanggungan (<18), pendapatan isi rumah ≤RM5,000.
2) Di mana boleh guna?
Di kedai panel berdaftar seluruh Selangor (contoh: 99 Speedmart, Mydin, Econsave, ST Rosyam Mart).
3) Boleh keluarkan tunai?
Tidak. Kredit hanya untuk pembelian barangan dibenarkan melalui Selangkah.
4) Kredit tak habis bulan ini?
Tidak dibawa ke bulan berikutnya. Gunakan sebelum tarikh tamat bulan.
5) Berapa lama bantuan?
Sehingga 24 bulan (2 tahun). Notifikasi kemas kini dihantar sekitar bulan ke-22.
Masalah Lazim & Penyelesaian Cepat
- Transaksi gagal di kaunter: Semak sambungan internet/imbasan QR. Cuba outlet panel lain jika perlu.
 - Akaun Selangkah tak boleh log masuk: Tetapkan semula kata laluan, pastikan nombor telefon aktif.
 - Dokumen ditolak: Muat naik semula versi jelas (PDF/JPG <3MB), elak kabur/terpotong.
 
Bacaan & Panduan Berkaitan
Sertai Group WhatsApp Rasmi – Alert BINGKAS, eWallet & Harga Jimat
