Permohonan Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2026 kini dibuka secara rasmi untuk jutaan rakyat Malaysia yang layak.
Panduan lengkap ini menerangkan syarat kelayakan, senarai dokumen wajib, cara mohon langkah demi langkah, serta soalan lazim supaya permohonan anda lulus dengan lebih cepat, tepat dan tanpa kesilapan.
Ramai Tak Sedar Duit eWallet Tengah Masuk – Check Cepat!
SIAPA LAYAK MOHON STR 2026?
| Kategori | Syarat Kelayakan Ringkas |
|---|---|
| Pemohon Baharu | Tiada rekod STR sebelum ini – buat permohonan baharu. |
| Isi Rumah | Pendapatan isi rumah ≤ RM5,000 sebulan. |
| Bujang | Pendapatan ≤ RM2,500 sebulan; belum berkahwin/tiada anak layak. |
DOKUMEN WAJIB DISEDIAKAN
Sediakan dokumen lengkap sebelum hantar permohonan untuk mengelakkan kelewatan. Semua salinan hendaklah jelas, tidak kabur, dan mengandungi butiran penuh.
| Kategori Pemohon | Dokumen Diperlukan |
|---|---|
| Pemohon Utama | 1) Salinan sijil perkahwinan / kematian pasangan 2) Sijil perceraian / pembubaran perkahwinan (jika berkaitan) 3) Salinan kad OKU (jika berkaitan) |
| Pasangan | Salinan pasport / visa / UNHCR / pas sepadan (jika bukan warganegara) |
| Anak / Anak Angkat | 1) Sijil lahir & salinan MyKad/MyKid 2) Sijil daftar anak angkat (jika berkenaan) |
Peringatan Penting: Sertakan sekali Borang Serahan Dokumen Sokongan (BK-04) semasa serahan di kaunter LHDNM atau muat naik bersama dokumen apabila diminta dalam sistem.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppCARA MOHON STR 2026 (LANGKAH DEMI LANGKAH)
- Layari Portal Rasmi: Pergi ke bantuantunai.hasil.gov.my dan klik Permohonan Baharu.
- Isi Maklumat Peribadi: Lengkapkan nama, alamat, status perkahwinan, pekerjaan, pendapatan isi rumah, nombor telefon & emel aktif.
- Maklumat Akaun Bank: Masukkan akaun persendirian yang aktif untuk proses kredit yang lebih cepat.
- Muat Naik Dokumen: Fail PDF/JPG/JPEG/PNG, saiz di bawah 3MB. Pastikan semua sudut dokumen jelas dan tidak terpotong.
- Sahkan & Hantar: Semak butiran, isi kod captcha, dan tekan Hantar. Simpan nombor rujukan.
- Jejak Status: Log masuk semula secara berkala untuk menyemak status kelulusan atau permintaan maklumat tambahan.
TIPS PENTING SUPAYA LULUS CEPAT
- Sediakan lebih awal: Kumpul semua dokumen dan semak tarikh kuat kuasa (cerai/nikah/mati).
- Padankan data: Alamat pada bil utiliti, IC dan maklumat portal mesti seragam.
- Gambar dokumen jelas: Elak bayang/gelap. Gunakan scanner atau kamera resolusi tinggi.
- Kemas kini segera: Tukar alamat, status perkahwinan atau akaun bank jika ada perubahan.
- Semak kategori tepat: Isi Rumah vs Bujang — pilih yang betul untuk elak penolakan teknikal.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
1) Boleh mohon tanpa MyKad?
Tidak. MyKad sah diperlukan. Selesaikan urusan di JPN terlebih dahulu.
2) Berumur 20 tahun pada 2024, layak?
Ya, boleh mohon kategori Bujang bermula garis masa ditetapkan kerana akan mencapai 21 tahun dalam tempoh kelayakan.
3) OKU 18 tahun – boleh mohon?
Layak, jika berdaftar dengan JKM di kategori Bujang.
4) Anak 20 tahun (2025) boleh dimasukkan?
Jika OKU berdaftar, anak itu boleh mohon STR sendiri (Bujang), tertakluk syarat.
5) Tiada akaun bank – boleh mohon?
Boleh, tetapi disaran buka akaun untuk elak kelewatan dan tak perlu tebus tunai di BSN.
6) Sudah hantar – boleh kemas kini?
Boleh, sepanjang tempoh yang dibuka sebelum proses kelulusan dimuktamadkan.
7) Ibu tunggal mohon untuk anak?
Ya, jika anak memenuhi syarat (contoh: belajar sepenuh masa & berumur ≤21 tahun).
8) Akaun bank disaran?
Akaun persendirian aktif atas nama pemohon untuk memudahkan proses bayaran.
KALENDER SEMAKAN & NOTIS PENTING
- Tempoh permohonan/kemaskini: Rujuk hebahan terkini di portal rasmi.
- Semakan status: Buat semakan berkala selepas hantar permohonan.
- Rayuan: Jika Tidak Lulus, sediakan dokumen sokongan baharu dan mohon dalam tempoh rayuan yang diiklankan.
PAUTAN RASMI & BACAAN LANJUT
- Portal Rasmi STR/MySTR: bantuantunai.hasil.gov.my
- STR: Info & Jadual Rasmi
- Senarai Bantuan Kerajaan Terkini
- Koleksi Bantuan eWallet & MyKad
Sertai Group WhatsApp Rasmi – Alert STR 2026 & Notis Kemas Kini
