Bayaran Gaji Penjawat Awam Januari 2026 Ada Kenaikan Dan Bonus

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2025 yang menetapkan jadual rasmi pembayaran gaji 2026 bagi semua penjawat awam di bawah Kerajaan Persekutuan.

Pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Oktober 2025 ini memaklumkan tarikh tetap pembayaran emolumen bulanan (gaji) untuk tahun 2026 serta peraturan pengurusannya bagi memastikan semua bayaran gaji dibuat dengan tepat, teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Terkini, pelarasan gaji Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dibayar pada 22 Januari 2026. Penjawat awam yang memilih skim SSPA bakal menerima kenaikan gaji Fasa 2 ini melalui pembayaran gaji bulan Januari 2026, dengan pengiraan berdasarkan gaji akhir pada 31 Disember 2025.

Timbalan Pengarah Dasar Gaji, Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd Shahir Shaari menjelaskan bahawa walaupun pelarasan gaji baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, pembayaran hanya akan dibuat pada 22 Januari 2026 kerana ia merupakan tarikh rasmi gaji bagi bulan tersebut.

Sumber: BERNAMA

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

TUJUAN PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BIL. 5 TAHUN 2025

Tujuan utama pengeluaran Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2026 kepada semua penjawat awam; dan
  • Menetapkan peraturan serta tatacara pengurusan bayaran emolumen supaya gaji dapat dibayar tepat pada waktunya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh JANM.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2026 PENJAWAT AWAM

Berdasarkan Lampiran 1 dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 5/2025, berikut merupakan jadual rasmi pembayaran gaji 2026 bagi penjawat awam di seluruh Malaysia:

BULANTARIKH PEMBAYARAN GAJI
Januari22 Januari 2026 (Khamis)
Februari12 Februari 2026 (Khamis)
Mac16 Mac 2026 (Isnin)
April20 April 2026 (Isnin)
Mei21 Mei 2026 (Khamis)
Jun25 Jun 2026 (Khamis)
Julai23 Julai 2026 (Khamis)
Ogos24 Ogos 2026 (Isnin)
September24 September 2026 (Khamis)
Oktober22 Oktober 2026 (Khamis)
November25 November 2026 (Rabu)
Disember21 Disember 2026 (Isnin)

Nota penting: Tarikh pembayaran gaji penjawat awam lazimnya diawalkan sekiranya berdekatan dengan sambutan perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Deepavali dan Krismas.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI PENJAWAT AWAM 2026

YAB Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam seperti yang dinyatakan dalam Ucapan Belanjawan 2026.

Pengumuman ini mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan dan komitmen penjawat awam, walaupun pelaksanaan pelarasan gaji Fasa 2 melibatkan implikasi kewangan yang besar dengan anggaran tambahan perbelanjaan sebanyak RM18 bilion.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan menjelang sambutan Aidilfitri, malah diharapkan dapat menyuntik semangat, motivasi dan dorongan kepada seluruh warga perkhidmatan awam untuk terus berkhidmat dengan cekap, berintegriti serta berdedikasi.

Leave a Comment