BANTUAN MYKAD 2026 RM200 merupakan inisiatif bantuan kerajaan yang akan disalurkan kepada pemohon yang cukup syarat sebagai penerima bayaran bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.
MyKad ialah kad pengenalan diri rakyat Malaysia berasaskan cip yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan tanpa tunai seperti pembayaran pengangkutan awam, tol dan juga penerimaan kredit bantuan. Melalui Bantuan MyKad 2026, penerima tidak menerima wang tunai, sebaliknya menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di lebih 10,000 kedai dan pasar raya yang berdaftar.
Jumlah Bantuan MyKad 2026
Jumlah bantuan yang diterima tidak sama bagi semua kategori penerima. Ia bergantung kepada status isi rumah dan tahap kemiskinan seperti berikut:
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp| Kategori Penerima | Jumlah Bantuan Dalam MyKad |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
Kegunaan Bantuan MyKad 2026
Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah ditetapkan di bawah program SARA.
| Kategori Barang | Jenis Barangan |
|---|---|
| Bahan Masakan Asas | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, gula, garam, kicap, sos cili dan lain-lain |
| Barang Makanan Kering | Roti, biskut dan produk seumpamanya |
| Minuman | Susu tepung, susu tin, teh, kopi dan minuman coklat |
| Produk Penjagaan Diri | Sabun mandi, syampu, ubat gigi, berus gigi, tuala wanita |
| Keperluan Asas Bayi | Lampin pakai buang, susu bayi terpilih, sabun mandian bayi |
| Ubat-Ubatan | Ubat demam, ubat batuk dan produk yang diluluskan KKM |
| Keperluan Sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah |
| Produk Kebersihan Rumah | Sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, pencuci lantai |
Kriteria Penerima Bantuan MyKad 2026 RM200
Hanya individu yang memenuhi semua syarat kelayakan di bawah akan dipertimbangkan sebagai penerima bantuan:
| Kriteria | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau balu/duda/janda yang mempunyai anak |
| Pendapatan | Bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar |
| Status STR 2026 | Lulus sebagai kategori Isi Rumah |
Semak Kelayakan Penerima Bantuan MyKad 2026
Semakan kelayakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi MyKasih dengan langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui App Store, Google Play atau Huawei App Gallery.
- Buka aplikasi MyKasih selepas pemasangan selesai.
- Pilih menu “SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off”.
- Klik butang TERUSKAN.
- Pilih butang SEMAK KELAYAKAN.
- Masukkan nombor MyKad tanpa simbol (-).
- Tandakan pengesahan pengguna manusia.
- Klik Semakan Status untuk melihat keputusan.
Jadual Kredit Bantuan MyKad 2026
Setelah disahkan layak, bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad secara bulanan mengikut jadual berikut:
Isi Rumah & Warga Emas: 09/01/2026 dan setiap 1 haribulan sehingga Disember 2026.
Bujang: 16/01/2026 dan setiap 1 haribulan sehingga Disember 2026.
Cara Guna Bantuan MyKad 2026
- Kunjungi kedai atau pasar raya yang berdaftar dengan SARA.
- Pilih barangan yang mempunyai label SARA.
- Ke kaunter bayaran yang menyokong sistem MyKasih.
- Serahkan MyKad kepada juruwang.
- Juruwang akan mengimbas barangan dan mengesahkan baki.
- Bayaran dibuat menggunakan MyKad penerima.
- Resit diberikan sebagai rujukan baki semasa.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan MyKad atau program SARA, anda boleh menghubungi talian bantuan rasmi di 03-7720 1800 atau emel ke sara@mykasih.com.
Penafian
Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini berdasarkan sumber rasmi. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna.


